Wednesday, September 29, 2010

postur badan


postur badan!!sepatotnye masing2 mengekalkan postur badan.sy ada info sikit psl postur badan.pinjam dr utusan malaysia!thanks :)

BENTUK badan atau postur memang berkait rapat dengan masalah sistem otot dan tulang atau sistem musculoskeletal Anda mungkin pernah mengalami sakit leher apabila bangun dari tidur, sakit bahagian belakang selepas anda duduk lama di depan komputer atau selepas melakukan kerja-kerja harian seperti menyapu, memasak atau memandu kereta.

Anda mungkin mengalami sakit bahu selepas melakukan aktiviti sukan seperti bermain golf. Anda juga boleh mengalami sakit di semua sendi anggota badan sebaik sahaja menamatkan hari bekerja seperti sakit sendi siku, sakit bahagian ibu jari seperti sindrom De Quarvain, sakit sendi lutut, sakit kaki dan sakit bahagian badan yang lain.

Sakit sistem musculoskeletal ini biasanya disebabkan oleh postur badan yang tidak normal yang berpunca daripada:

lKecederaan atau penyakit seperti kelumpuhan, patah tulang, penyakit sistem otot seperti Myasthenia Gravis, penyakit sistem saraf seperti poliomyelitis dan sebagainya.

lTabiat dan gaya badan (ergonomik) yang tidak baik semasa melakukan fungsi harian seperti duduk, berdiri dan mengangkat yang tidak betul dan dilakukan secara berterusan.

lBentuk fizikal dan berat badan yang tidak normal seperti berat badan berlebihan atau gemuk.

lFesyen dan pemakaian kasut yang tidak baik seperti memakai kasut bertumit tinggi, pakaian yang ketat dan tidak selesa yang boleh menyebabkan anda terpaksa mengubah bentuk dan gaya badan bagi menyesuaikan diri dengan fesyen yang dipakai.

lLahir dengan kecacatan dan sebagainya.

Cara elak sakit belakang

Bagi mengelakkan anda mengalami sakit, anda perlu tahu untuk menilai postur badan yang normal dalam keadaan berdiri, duduk atau semasa melakukan kerja-kerja seharian. Sebagai asasnya postur badan akan menjadi normal jika sekiranya anda mampu membayangkan dan meletakkan anggota-anggota badan berada di tempatnya dengan kesan daya luaran yang minimum seperti daya graviti atau daya tindakbalas bumi.

Anda boleh melakukannya di hadapan cermin dan memastikan daya graviti berada di garisan tengah badan dan daya tindakbalas bumi berada di keseluruhan tapak kaki semasa melakukan aktiviti harian.

Garisan tulang belakang mestilah berada selari atau rapat kepada garisan tengah badan. Garisan tengah sendi hendaklah selari dengan bumi atau sedikit condong ke hadapan bagi membolehkan berat badan disebarkan sama rata keseluruhan permukaan sendi.

Garisan tengah kaki mestilah selari atau rapat dengan garisan tengah badan bagi membolehkan berat badan disebarkan secara sama rata keseluruhan bahagian anggota kaki iaitu sendi pinggul, tulang paha, sendi lutut, tulang kaki, sendi pergelangan kaki dan tapak kaki.

Lagi jauh garisan-garisan ini dari garisan tengah badan, akan lebih lagilah kesan daya-daya luaran akan bertindak ke atas sistem musculoskeletal ini dan akan menghasilkan sakit-sakit yang mungkin tidak akan dapat dilegakan dengan pengambilan ubat-ubat penahan sakit.

Kesan daya ini akan memberikan lagi kesan sakit apabila anda melakukan aktiviti harian anda dengan postur badan anda yang tidak betul.

Jadi langkah-langkah berikut boleh diambil untuk mengelakkan sakit di bahagian badan anda iaitu:

*Pastikan anda membayangkan diri anda tinggi semasa berdiri, duduk atau semasa aktiviti harian.

*Pastikan telinga, leher, bahu, pinggang, lutut dan pergelangan kaki berada di garisan tengah badan dengan mempraktikkannya di hadapan cermin. Gambarkan postur normal ini di kotak fikiran anda dan mempraktikkannya sebilangan masa dalam apa jua keadaan.

*Pastikan lengkungan normal pada tulang belakang atas dan tulang belakang bawah anda tidak terlalu bongkok, tonggek atau leper.

*Sentiasa melakukan senaman postur badan di bawah pengawasan ahli fisioterapi anda bagi mengekalkan sistem otot anda mengawal dan mengekalkan postur badan berada dalam keadaan yang normal.

*Lakukan aktiviti harian dengan gaya badan yang betul.

*Sentiasalah bangga dengan diri anda sendiri kerana kognitif dan keyakinan anda juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan postur badan yang normal.

Justeru itu, anda sendiri boleh mengelakkan diri daripada mendapat kesakitan diseluruh badan jika sekiranya anda mengenali postur badan yang normal.


**sejak2 cik adibah tegor bdn sy bongkok br perasan rupenye terok sungguh masalah ni.sy perlu berusaha memperbetolkan postur sy agar x bongkok!!serabot gak fikir psl ni.charyo!!


~saranghae~

Tuesday, September 28, 2010

step pertama!


heee :D

sy nk ngorat awk bole??bole la bole la..teeettt.ada x mcm perigi carik timba yek.tp zaman skang lau x usaha x dpt kan.sbb lelaki da makin kurang di bumi ni.lalalala~~hari tu sy terbaca utusan malaysia.x ingt tarikh lak.psl perigi carik timba ni la.x slh kita mencari dan mencuba.dan mane tau dia adalah jodo kita!berjaya!!kawen!!!!

sejak2 mslh kawen ni menserabotkan kepala.sume org ty bila nk kawen!!sebok tol!!jaga diri sendri sudah.setiap penjuru sebok2 jek tanya itu ini.yg nk knalkn si polan itu si polan ini.sume2 ni la ehhh...alaa kan jodo kita da ditetapkan tp kita still kna berusaha kan..ni sy sedang berusaha la


SAYA NK NGORAT AWAK!!!!


tp ada kekuatan ke..tp sy tetap nk berusaha.mane tau berjaya!!


SAYA NAK NGORAT AWAK JUGAK!!


~saranghae~

Monday, September 27, 2010

status!!

saya masih single mingle lg.belum bertunang.dan tiada perancangan untuk bertunang lg.sy masih mencari calon2 yg sesuai untuk dijadikan pasangan hidup sy.haaaaiiihhhh cuba lah faham wahai semua.sy masih menunggu seseorang.bila la dia nk melamar sy ;p kamu masih bermain dgn perasaan.

nk post kat fb mcm menyakitkan hati jek lg..tp xde la nk msk kn sume ayat kat ats ni.tetb dpt msg dr busu, suh bw bf p open ouse rumah dia.mane mane mane??!!!pesal la complicated sgt nih


~saranghae~

Friday, September 24, 2010

arghhhh perintah berkurung

tajuk bg gempak..hehehehh :D

actually minggu depan, parking ditutup.prepare majlis raya KPM.gle x sbb seminggu tutup.meriah sgt ke.gempak sgt ke siap nk tutup2 bagai...mane nak parking kete..haihh lau la ade poket doraemon xyh serabot pk2 nih.td nk parking kete pon da xde parking.cam x confident keadaan parking so pnjm pas abg rai parking kat dlm bgnn.hari ni balik awl..yep yep horaaayy!!minggu depan mungkin sy akn menjadi pengguna bus semula.mls nk pk mane nk parking n dtg awl2.sy hanya bw kereta bila nk p service.sediakn duit plzzz (:

tidaaaaakkkkkk!!8-10 oktober kna p pulai springs resort!!sy ade kenduri di rumah.sy da plan baek2 la.HJ!!sy nk balik jugak pas pendaftaran.SYMP betol lahh :(

prof suh jaga tmpt ziehan sementara dia bersalen.lg TIDAAAAKKKKK..setiap petang kna belajar dr ziehan.60 hari kan org cuti bersalen ni..haihhhh..pe kes la lama sgt la cuti besalen kan.tu blom lg dpt yg 90 hari.sy??SYMP ke??dpt x duit tanggung tugas??lau dpt sy secara pakse jaga :) mata duitan sungguh..lallalal~~kena tau berkenaan prosedur tanggung tugas ni..


~saranghae~

Monday, September 20, 2010

7k to UK on 2012

sementelahan iqa telah ke Sheffeld..so pak itam telah tubuhkan tabung kebajikan IQA :) tabung ni utk p UK time iqa konvo..paleng ngam 7k la kena kumpul.sy jadi urusetia??sure la korg kena byr lebih.tabung ini akan dimulakan mulai November 2010.sebulan rm200...ahaks..ni yg dibincangkan



weh so sepupu2 sila menabung mulai sekarang yek.kita p UK ;) jenjalan tempat org.lalalaal~~


~saranghae~

Wednesday, September 15, 2010

iqa fly to Shefield University



raya ke-5 iqa telah p UK futher study selama 3 thn.ktorg smpi dr kg ke klia pon da nk time dia msk boarding da.so gmbr amik sikit jek.tp b4 dia balik usj hari tu ktorg da pulun round semuar n melaka.lalallla~~~ emosi dia yg x berapa nk stabil.peluk sume org nanges jek.alaaa kan iqa kata setahun sekali balek kan :) so no hal la.kejap jek 3 thn tu..tp ingt tau jgn mkn byk bg gemox.hee :D nant akk xde teman mkn byk2 nih.haihhhh xpe akk doakan iqa belajar lek lok.dpt the best result.take care.anep jugak belajar bebetol.jgn ingt nk bercintan jek..si anep jadik tukang foto kami..sbb tiket dia lmbt.ntah ape la pengurusan MARA ni..nant iqa sambut anep..hahahahah..dr merepek baek stop skang :) jumpe lg


~saranghae~

Wednesday, September 8, 2010

genap sebulan

wee :D hari ni genap sebulan sy berumur 27thn.wink wink ^__^

so sy harap sy akan jd yg lebih baik dr thn sebelumnya.sy juga akan berusaha utk gemok.weight gain perlu dibeli.vit.C jugak :) madu perlu ade dlm list pembelian.mahu kurangkan pengambilan ubat doktor.ikhtiar cara lain bg kurangkan kesakitan :(

lg...lg....mahu beli set olay white radiance.try sekali.tgk ape jd kat muka ni (^")..mahu jugak kurangkan kulit kering di muka dan tangan2 ni.bg pelembap sikit..heee :D byk angan2 kan.

joging jugak perlu diteruskan seperti biasa.hari ahad pg :)..lamanya x jumpe mamat bj kuning tu.rupenye time puasa pon dia joging pas balik keje.sungguh sihat :) sbb penah nmpk dia joging =p

lg..ape yek...keje tetap jugak perlu dititikberatkan termasuk pasangan hidup *__@ lalalalal~~

mahu chow keje mengemas x siap lg ni :( pe la byk sgt nk kna tuka..bdn da sakit.mandi x jugak..aiyaaaakkkk..esok ada sehari nk kemas...sy mahu jugak buat sejenis biskut raya.mlm ni nk usha majalah cari biskut paling senang jek :) semangat berkobar tetb (",)......daaaaaa


~saranghae~