Wednesday, September 1, 2010

lailatulQadar ليلاتولقدر

sy terfikir apa itu ليلاتولقدر? dan sy sedang meng'google'.dan saya copy kan apa yg sy jumpe ni.thanks to http://www2.pkink.gov.my/center/arkib/Tazkirah/KumpulanA/Microsoft%20Word%20-%20LAILATULQADAR%20MALAM%20YANG%20DINANTI%20OLEH%20MUKMIN-Mohd%20Shah.pdf

LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN
oleh Mohd Shah Abdul Kadir pada 7 Oktober 2007
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan,Al Qurab dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulallah s.a.w, diantaranya firman Allah s.w.t yang bermaksud;
“Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau Mengerti apa itu Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga lebih fajar”.

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud:
“Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan pelbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah
taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu”.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia. Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
“Biasanya Rasulullah S.A.W. berusaha dengan bersungguh sungguh memperbanyakkan amal ibadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain”.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud;

“Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan”.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21,23,25,27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam
Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang menyatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w menjawab pertanyaan seoran sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itu sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. yang bermaksud:
“Saya pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. bagaimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut “ Maksudnya: “ Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku”.

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui
atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan muslim:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adaLah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan Mengharapkan rahmatnya dan kesedarannya.Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak menyebut meyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar;
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar
Ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan Kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk Pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Iman Tabari r.h.menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatuqadar.

** semoga kita semua dapat beroleh keberkatan dr malam lailatulQadar ini.AMIN


~saranghae~

No comments:

Post a Comment